TENTANG KAMI



IN SAFF GROUP SDN. BHD. merupakan sebuah syarikat induk kepada kumpulan anak syarikat yang mula beroperasi seawal 1 Disember 2014. Ditubuhkan sebagai sebuah syarikat perkongsian oleh 4 orang rakan kongsi yang berpandangan jauh, In Saff Group kini berkembang pesat sebagai sebuah gabungan perniagaan pelbagai sektor.
Hari ini, In Saff Group diterajui oleh barisan Lembaga Pengarah yang berpengalaman luas, disokong oleh pasukan pengurusan yang berdedikasi, berwawasan dan komited dalam menerajui hala tuju strategik syarikat.
Sebagai sebuah kumpulan perniagaan yang progresif, In Saff Group merangkumi pelbagai divisyen utama termasuk pelancongan Islamik, makanan & minuman halal, restoran eksklusif serta kewangan komuniti, selaras dengan prinsip Islam dan nilai perniagaan beretika.
IN SAFF TRAVEL & TOURS SDN BHD
Syarikat pelancongan berdaftar yang menyediakan perkhidmatan Umrah, Haji, pelancongan domestik & antarabangsa, tiket penerbangan, MICE, Aqiqah & Qurban, Badal Haji dan Badal Umrah. Mempunyai lebih 35 cawangan di seluruh Malaysia dan telah dianugerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji 1446H oleh Lembaga Tabung Haji.
IN SAFF FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Mengkhusus dalam pengeluaran dan pengedaran makanan halal sejuk beku serta Ready-To-Eat (RTE) berkualiti tinggi di bawah slogan “Delicious Halal Food”.
IN SAFF GRILL RESTAURANT
Jenama restoran eksklusif yang mengetengahkan sajian grill premium berkonsep fine dining, menawarkan pengalaman makan berkualiti dalam suasana santai dan mesra pelanggan.
IN SAFF HOLIDAYS
In Saff Holidays menawarkan pelbagai pakej percutian ke pelbagai negara di seluruh dunia, merangkumi pelancongan domestik dan antarabangsa, selain perkhidmatan Umrah dan Haji, dengan fokus kepada pengalaman perjalanan yang selesa, selamat dan berkualiti.
IN SAFF KOPERASI
Sebuah entiti koperasi yang ditubuhkan untuk memperkasa ekonomi ahli dan masyarakat, berlandaskan prinsip koperasi dan syariah.